SOALAN 1- BIOGRAFI
 |
M. Night Shyamalan |
M. Night Shyamalan, 44 tahun merupakan anak kelahiran India
yang dibesarkan di Penn Valley, Pennsylvania. Minat beliau terhadap bidang
perfileman bermula seawal usia 8 tahun apabila beliau dihadiahkan sebuah
Super-8 kamera. Minat yang mendalam terhadap bidang pengarahan filem membuatkan
beliau bekerja keras mengumpul dana bagi menjayakan filem beliau yang pertama,
' Praying with Anger ' pada tahun 1992. Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh
anak kelahiran India ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri berada di
kawasan pengambaran. Contohnya, filem beliau yang pertama merupakan rentetan
kunjungan semula ke India setelah sekian lama meninggalkan negara tersebut.
Manakala pengambaran filem ' Wide Awake
(1998)juga telah mengambil tempat di sebuah sekolah katolik yang pernah
dihadiri sendiri oleh beliau semasa kecil. (Imdb, 1999)
Bercerita mengenai gaya pengarahan, beliau amat terkenal
dengan penggunaan konsep 'twist' di pengakhiran jalan cerita. Hal ini
membuatkan penonton tidak dapat menduga penghujung jalan cerita sekaligus
membuatkan mereka terikat untuk menonton filem sehingga tamat. Beliau juga
kerap menggunakan scene air bagi menggambarkan kelemahan atau kematian. Sebagai
contoh, dalam filem The Sixth Sense beliau membuat kejutan kepada penonton
dengan memaparkan scene watak utama dibunuh oleh seseorang yang bersembunyi di
bilik air. Manakala 'The Village' memaparkan scene hujan lebat sewaktu
kemunculan unsur seram. Secara keseluruhannya, kebanyakan filem arahan beliau
adalah bergenre seram dan suspen sekaligus membuatkan penonton sentiasa berada
dalam perasaan ingin tahu. (M. Night Shyamalan.com)
-Filem- filem arahan beliau-
SOALAN 2 - SINOPSIS
The Sixth Sense arahan M.Night Shyamalan mengisahkan tentang
seorang kanak- kanak bernama Cole yang mempunyai keistimewaan luar biasa iaitu
kebolehan melihat makhluk yang telah mati. Kebolehan Cole membuatkan dirinya
tidak seperti kanak-kanak lain kerana sentiasa dibelenggu perasaan takut dalam
dirinya. Perkenalannya dengan seorang doktor psikitiari iaitu Dr Malcolm
sedikit sebanyak telah membuka mata Cole untuk cuba memahami maksud di sebalik
kemunculan roh-roh yang tidak tenteram itu. Cole akhirnya berjaya membantu
masalah-masalah tersebut sekaligus mengatasi perasaan takut yang menghantui
dirinya selama ini. Dr Malcolm yang selama ini telah membantu Cole tidak
menyedari bahawa dia sebenarnya telah mati dan merupakan salah satu daripada
roh yang tidak tenteram. Semasa hayatnya, Dr Malcolm telah gagal membantu
seorang kanak-kanak yang akhirnya menghancurkan hidup kanak-kanak tersebut.
Rasa terkilan ini membuatkan dia berusaha keras membantu Cole mengatasi
ketakutannya. Cole yang sejak dari awal lagi mengetahui kebenaran tersebut
akhirnya telah berjaya menyedarkan Dr Malcolm akan hakikat yang sebenar.
SOALAN 3 - GENRE
'The Sixth Sense' merupakan sebuah filem yang lebih
mengetengahkan genre tragedi atau drama berbanding horror kerana cara
pembawakan cerita ini lebih tertumpu kepada hubungan kekeluargaan dan hubungan
antara doktor dan pesakit. Secara amnya, unsur seram hanya digunakan sebagai
unsur sampingan di sebalik penceritaan yang sebenar. Watak yang dibawa oleh Dr.
Malcolm dalam filem ini telah memaparkan nilai tanggungjawab dan kasih sayang
yang tinggi antara dirinya dan Cole melalui kegigihannya membantu kanak-kanak
tersebut. Selain itu, unsur kekeluargaan juga telah berjaya diselitkan dalam
filem ini melalui watak ibu Cole yang berusaha sedaya upaya memahami masalah
anaknya yang enggan berkongsi masalah yang dihadapi. Secara keseluruhannya,
unsur horror yang ditunjukkan hanyalah sekadar subjek sampingan di samping
penceritaan yang sebenar bagi menimbulkan rasa suspen dalam diri para penonton.
 |
Doktor dan pesakit |
 |
Ibu dan Anak |
SOALAN 4 -WATAK
Haley Joel Osment as Cole Bruce Will as Dr Malcolm
Filem ini dibintangi oleh Dr. Malcolm sebagai watak utama
yang mendominasi keseluruhan cerita. Beliau merupakan seorang doktor yang
bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Minatnya yang
mendalam dalam membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak membuatkan beliau
mengetepikan kepentingan peribadi dirinya sendiri. Dr Malcolm juga mempunyai
perwatakan yang tenang di mana percakapannya telah berjaya membuka hati Cole
untuk berkongsi masalah kepadanya. Namun begitu, beliau juga mempunyai
personaliti yang agak mudah berputus asa apabila beliau membuat keputusan untuk
menarik diri daripada kes Cole akibat masalah keluarga yang dihadapi. Kesedaran
beliau yang tinggi membuatkan Dr Malcolm akhirnya menyesal dan meneruskan niat
asal untuk membantu Cole.
Antara watak utama yang lain ialah Cole, lakonan Haley Joel
Osment. Dalam filem ini, Cole digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang
sentiasa berada dalam ketakutan. Dia membawa watak seorang kanak- kanak yang
agak pendiam di mana Cole agak tertutup dalam berkongsi masalah yang
dihadapinya kepada orang lain. Dia sukar mempercayai orang lain kerana tidak
mahu ditertawakan. Secara keseluruhannya, watak Cole telah berjaya dilakonkan
dengan baik kerana berjaya menghidupkan filem ini melalui penguasaan emosi yang
amat berjaya. (Picture from Imdb.com, 1999)
SOALAN LIMA - KONSEP TWIST
Konsep 'twist' dalam pembikinan filem bertujuan memberikan
kejutan kepada para penonton. Unsur twist ini secara tidak langsung akan
membuatkan penonton terikat dengan penceritaan sehingga ke penghujung kerana
masih tertanya-tanya akan kesudahan yang sebenar. Selain itu, konsep ini
membuatkan sesebuah filem menjadi lebih unik dan tidak 'cliche'. Kesimpulannya,
konsep seperti ini akan memberikan kelainan dan kepuasa kepada para penonton.
Sources
1.Internet
-Internet Movie Database
-M. Night Shyamalan.com
2. Movie in class