Sunday 11 May 2014

Director's Journal - Week 11

Pada minggu ke-sebelas seni pengarahan, kami telah mempelajari berkaitan slug lines, storyboard, big print, camera coverage dan crew protocol. Prosedur-prosedur ini amat penting dan perlu diketengahkan dalam setiap pembikinan filem. Penilaian juga telah diadakan pada minggu ini. Mia telah dipilih bagi mewakili kumpulan kami bagi sesi tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami berjaya mendapatkan markah sebanyak 6/10. Tahniah Mia!

Kami kemudiannya diminta menerangkan kembali tentang prose-proses yang trlah dibincangkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Pada hari Khamis, production merting telah diadakan pada jam 8 malam, di mana sedikit taklimat ringkas telah diberikan berkaitan screening night. Setiap kumpulan juga berpeluang melihat video kumpulan masing-masing yang telah siap sepenuhnya. Ini merupakan kali pertama saya melihat sendiri bilik yang digunakan untuk editing dan software yang digunakan. Video promo kami juga telah digantikan dengan filem baru iaitu Hantu Malam Merdeka.


No comments:

Post a Comment