Sunday 11 May 2014

Director's Journal - Week 10

Pada minggu kesepuluh, penilaian pitching telah diadakan. Semua pelajar seni pengarahan diminta bersedia dengan sinopsis sebuah filem pendek yang mengandungi 3 ayat. Kami diminta berkumpul di dalam bulatan, sambil mendengar idea setiap pelajar. Komen-komen bagi tujuan penambah baikan juga telah diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Penilaian ini membawa purata10% dalam markah akhir.

Sinosis : Gambar
Sambil melihat sebuah gambar batch lama, watak utama tertanya-tanya tentang apa yang berlaku sehinggakan tiada seorang pun yang tersenyum pada hari terakhir persekolahan. Bagi membetulkan keadaan, hasrat watak utama untuk kembali pada zaman tersebut ditunaikan bagi memastikan alam persekolahannya dan rakan-rakanya berakhir dengan senyuman. Cerita berakhir dengan watak utama yang ditimpa kemalangan, dan dia akhirnya sedar bahawa dia lah punca kemurungan tersebut dan bahawa dirinya telah mati.


No comments:

Post a Comment