
Secara jujurnya, Saya amat kagum dengan kualiti video- video yang ditayangkan. Sememangnya para pelajar daripada Jabatan Media mempunyai bakat tersendiri samada dari segi lakonan, kamera dan suntingan. Variasi video yang ditayangkan juga mempunyai genre yang berbeza iaitu komedi, seram, nilai estetik dan sebagainya. Filem pendek bertajuk Inspektor Fatonah arahan Syazwan Husaini mendapat perhatian ramai kerana jalan ceritanya yang menarik ditambah dengan lakonan rakan-rakan media yang sentiasa membuatkan penonton ketawa. Di samping itu, saya amat kagum akan 'Epilog' arahan Dr Azalan dan Hisyam Azren kerana ianya mempunyai keunikan yang tersendiri. Lagu latar yang digunakan amat bersesuaian dengan tema retro romantis yang diketengahkan. Kualiti filem ini juga sangat baik daripada segala aspek merangkumi sinematografik, latar tempat, lakonan dan skrip yang mantap. Mesej yang disampaikan juga amat jelas dan bermakna.
Screening Night ini harus diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana ianya diligat sebagai medium penting bagi membentangkan usaha para pelajar secara umum terutamanya kepada para pelajar daripada fakulti lain.
No comments:
Post a Comment