Tuesday 25 March 2014

Dark Skies - A great little alien home invasion thriller


                               

Plot
Dark Skies arahan Scott Stewart mengisahkan tentang sebuah keluarga normal, yang pada mulanya berada dalam krisis kewangan. Masalah baru timbul apabila beberapa fenomena aneh melanda keluarga itu. Bermula daripada perubahan perkakas di dapur pada waktu malam, sehingga lah fenomena 100 ekor burung terbang ke arah rumah mereka benar-benar menimbulkan kerisauan kepada pasangan suami isteri itu, Daniel dan Lucy. Disangka pada mulanya, ini hanyalah perbuatan anaknya, namun segala yang berlaku ternyata berada di luar kemampuan manusia kerana mereka sendiri turut mengalami beberapa peristiwa aneh. Setelah mengetahui akan kewujudan alien (The Grey), Daniel dan Lucy cuba mempertahankan keluarga mereka terutamanya dua anak lelaki mereka, Jesse dan sam daripada menjadi mangsa makhluk itu. Filem ini mencapai klimaks pada malam di mana The Grey muncul untuk mengambil salah seorang daripada anak mereka. Walaupun pelbagai persediaan telah dilakukan oleh pasangan suami isteri tersebut, segalanya berakhir apabila mereka gagal mempertahankan anak sulong mereka, Jesse daripada menjadi mangsa. Kehilangan Jesse masih lagi menjadi misteri.

Genre
Dark Skies pada asalnya merupakan sebuah filem sains fiksyen kerana subjek yang digunakan dalam filem ini ialah alien. Namun, terdapat kelainan dalam filem ini kerana elemen seram turut dimasukkan membuatkan filem ini turut memmpunyai elemen 'horror'. Subjek alien dalam cerita ini digambarkan seolah-olah seperti hantu kerana kewujudannya amat misteri dan tidak secara langsung. Penonton akan tertanya- tanya akan identiti mahluk yang mengganggu keluarga tersebut. Kebiasaanya, filem-filem yang menggunakan alien sebagai subjek akan mendedahkan kepada penonton bagaimana makhluk tersebut muncul dan sebagainya, namun filem ini ternyata amat berbeza kerana alien tersebut digambarkan sebagai makhluk yang sememangnya telah berada dalam kalangan masyarakat. 

Latar dan Props
Latar utama yang digunakan dalam filem ini ialah di sebuah rumah, termasuk persekitaran rumah tersebut yang didiami oleh pasagan suami isteri bersama dua orang anaknya. Banyak 'scene' di dalam filem ini menunjukkan bahagian dalam rumah, termasuk penggunaan props seperti perabot, yang kebiasannya terdapat di dalam sesebuah rumah. Pada peringkat klimaks, props yang digunakan seperti senapang dan pisau teryata bersesuaian dengan scene cemas yang ditunjukkan. Props yang digunakan ternyata amat teratur dan teliti, kerana bersesuaian dengan setiap gambaran yang diketengahkan.


Shot asas

Close up
Medium close up

Medium shot

Medium long shot

Long shot
Extreme Long shot
Reverse-angle shot



Suntingan
The 'Dark Skies' arahan Scott Stewart ternyata memberikan sedikit kesan seram yang sama seperti Insidious dan 'Paranormal Activities' namun, idea yang dibawa agak berlainan kerana menyentuh unsur sains fiksyen. Keseluruhannya, pengarah berjaya menyampaikan mesej atau nilai kekeluargaan melalui penceritaan, namun pada pandangan saya, progres cerita ini agak lambat. Perhatian terlalu ditumpukan kepada emosi watak, manakala subjek alien kekal samar-samar sehingga ke penghujung jalan cerita. Daripada segi sinematografi, pencahayaan dalam filem ini sangat baik dan 'camera angle' yang digunakan juga membuatkan watak tampil lebih hidup. Dari segi komposisi visual, pengarah berjaya memadatkan mesej yang hendak disampaikan melalui dialog antara watak, yang mampu difahami dengan jelas oleh para penonton. Secara keseluruhannya, idea yang ditonjolkan tidak 'cliche' dan mampu menarik minat penonton untuk menanti pengakhiran cerita.







No comments:

Post a Comment