Tuesday 4 March 2014

Director's Jurnal 1 (Week 3)

Hari ini tanggal 3 Mac 2014. Ini merupakan kali pertama saya dan 5 rakan lain dari Fakulti Undang- Undang menjejakkan kaki ke kelas Elektif Luar bertempat di Jabatan Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Ini juga merupakan kali pertama kami melibatkan diri dalam sebuah bidang yang amat asing dan baru iaitu Seni Pengarahan Filem. Berteraskan minat dan rasa ingin tahu yang tinggi, kami nekad mempelajari subjek ini walaupun tidak mempunyai asas yang kukuh di bawah pimpinan Dr Azalan Shah.

Pada hari pertama pembelajaran, kami telah diperkenalkan secara ringkas tentang subjek ini secara keseluruhan. Ketinggalan 2 kuliah sebelum ini ternyata membuatkan saya masih kurang jelas akan kandugan kursus ini. Saya difahamkan bahawa kursus Pengarahan Filem ini akan digabungkan dengan beberapa kursus lain, juga di bawah bidang yang sama iaitu Produksi Televisyen dan Produksi Dokumentari. Tidak ketinggalan, kami juga turut diberitahu tentang proses penilaian kursus ini secara keseluruhan yang merangkumi peperiksaan akhir, kerja kumpulan dan penyertaan.

Kuliah yang pertama telah mendedahkan kami dengan 3 proses pembikinan filem yang major iaitu pre-production, production dan post production. Pensyarah juga turut menekankan beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan, dikenali sebagai The Cyclical Production Model. Di bawah model ini, proses pembikinan filem harus melalui 8 fasa utama iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post production, marketing dan distribution. Proses- proses ni memerlukan penelitian yang rapi kerana kesemuanya akan menyumbang kepada penghasilan filem yang menarik.

Sesi pembelajaran diteruskan dengan tayangan filem bertajuk Kill Bill, di mana para pelajar dikehendaki membuat review di dalam blog masing-masing tentang filem tersebut. Pada akhir sesi, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan sedia ada. Saya telah menyertai kumpulan video promo jabatan yang diketuai oleh Syazwan. Perkenalan ringkas bersama mereka yang lain membuatkan saya agak teruja untuk mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam di bawah bimbingan ahli-ahli kumpulan yang ternyata amat berpengalaman.

No comments:

Post a Comment