Sunday 16 March 2014

The Sixth Sense

SOALAN 1- BIOGRAFI
M. Night Shyamalan Picture
M. Night Shyamalan

M. Night Shyamalan, 44 tahun merupakan anak kelahiran India yang dibesarkan di Penn Valley, Pennsylvania. Minat beliau terhadap bidang perfileman bermula seawal usia 8 tahun apabila beliau dihadiahkan sebuah Super-8 kamera. Minat yang mendalam terhadap bidang pengarahan filem membuatkan beliau bekerja keras mengumpul dana bagi menjayakan filem beliau yang pertama, ' Praying with Anger ' pada tahun 1992. Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh anak kelahiran India ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri berada di kawasan pengambaran. Contohnya, filem beliau yang pertama merupakan rentetan kunjungan semula ke India setelah sekian lama meninggalkan negara tersebut. Manakala pengambaran  filem ' Wide Awake (1998)juga telah mengambil tempat di sebuah sekolah katolik yang pernah dihadiri sendiri oleh beliau semasa kecil. (Imdb, 1999)

Bercerita mengenai gaya pengarahan, beliau amat terkenal dengan penggunaan konsep 'twist' di pengakhiran jalan cerita. Hal ini membuatkan penonton tidak dapat menduga penghujung jalan cerita sekaligus membuatkan mereka terikat untuk menonton filem sehingga tamat. Beliau juga kerap menggunakan scene air bagi menggambarkan kelemahan atau kematian. Sebagai contoh, dalam filem The Sixth Sense beliau membuat kejutan kepada penonton dengan memaparkan scene watak utama dibunuh oleh seseorang yang bersembunyi di bilik air. Manakala 'The Village' memaparkan scene hujan lebat sewaktu kemunculan unsur seram. Secara keseluruhannya, kebanyakan filem arahan beliau adalah bergenre seram dan suspen sekaligus membuatkan penonton sentiasa berada dalam perasaan ingin tahu. (M. Night Shyamalan.com)

The Village Signs Unbreakable The Sixth Sense
                                                                                -Filem- filem arahan beliau-

SOALAN 2 - SINOPSIS

Still of Bruce Willis and Olivia Williams in The Sixth Sense (1999)Still of Bruce Willis and Haley Joel Osment in The Sixth Sense (1999) Still of Bruce Willis in The Sixth Sense (1999) Still of Bruce Willis and Haley Joel Osment in The Sixth Sense (1999) The Sixth Sense (1999)

The Sixth Sense arahan M.Night Shyamalan mengisahkan tentang seorang kanak- kanak bernama Cole yang mempunyai keistimewaan luar biasa iaitu kebolehan melihat makhluk yang telah mati. Kebolehan Cole membuatkan dirinya tidak seperti kanak-kanak lain kerana sentiasa dibelenggu perasaan takut dalam dirinya. Perkenalannya dengan seorang doktor psikitiari iaitu Dr Malcolm sedikit sebanyak telah membuka mata Cole untuk cuba memahami maksud di sebalik kemunculan roh-roh yang tidak tenteram itu. Cole akhirnya berjaya membantu masalah-masalah tersebut sekaligus mengatasi perasaan takut yang menghantui dirinya selama ini. Dr Malcolm yang selama ini telah membantu Cole tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah mati dan merupakan salah satu daripada roh yang tidak tenteram. Semasa hayatnya, Dr Malcolm telah gagal membantu seorang kanak-kanak yang akhirnya menghancurkan hidup kanak-kanak tersebut. Rasa terkilan ini membuatkan dia berusaha keras membantu Cole mengatasi ketakutannya. Cole yang sejak dari awal lagi mengetahui kebenaran tersebut akhirnya telah berjaya menyedarkan Dr Malcolm akan hakikat yang sebenar.

SOALAN 3 - GENRE

'The Sixth Sense' merupakan sebuah filem yang lebih mengetengahkan genre tragedi atau drama berbanding horror kerana cara pembawakan cerita ini lebih tertumpu kepada hubungan kekeluargaan dan hubungan antara doktor dan pesakit. Secara amnya, unsur seram hanya digunakan sebagai unsur sampingan di sebalik penceritaan yang sebenar. Watak yang dibawa oleh Dr. Malcolm dalam filem ini telah memaparkan nilai tanggungjawab dan kasih sayang yang tinggi antara dirinya dan Cole melalui kegigihannya membantu kanak-kanak tersebut. Selain itu, unsur kekeluargaan juga telah berjaya diselitkan dalam filem ini melalui watak ibu Cole yang berusaha sedaya upaya memahami masalah anaknya yang enggan berkongsi masalah yang dihadapi. Secara keseluruhannya, unsur horror yang ditunjukkan hanyalah sekadar subjek sampingan di samping penceritaan yang sebenar bagi menimbulkan rasa suspen dalam diri para penonton.

Doktor dan pesakit
Ibu dan Anak
               
              
SOALAN 4 -WATAK

   
                          Haley Joel Osment as Cole                                    Bruce Will as Dr Malcolm

Filem ini dibintangi oleh Dr. Malcolm sebagai watak utama yang mendominasi keseluruhan cerita. Beliau merupakan seorang doktor yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Minatnya yang mendalam dalam membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak membuatkan beliau mengetepikan kepentingan peribadi dirinya sendiri. Dr Malcolm juga mempunyai perwatakan yang tenang di mana percakapannya telah berjaya membuka hati Cole untuk berkongsi masalah kepadanya. Namun begitu, beliau juga mempunyai personaliti yang agak mudah berputus asa apabila beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada kes Cole akibat masalah keluarga yang dihadapi. Kesedaran beliau yang tinggi membuatkan Dr Malcolm akhirnya menyesal dan meneruskan niat asal untuk membantu Cole.

Antara watak utama yang lain ialah Cole, lakonan Haley Joel Osment. Dalam filem ini, Cole digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang sentiasa berada dalam ketakutan. Dia membawa watak seorang kanak- kanak yang agak pendiam di mana Cole agak tertutup dalam berkongsi masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Dia sukar mempercayai orang lain kerana tidak mahu ditertawakan. Secara keseluruhannya, watak Cole telah berjaya dilakonkan dengan baik kerana berjaya menghidupkan filem ini melalui penguasaan emosi yang amat berjaya. (Picture from Imdb.com, 1999)

SOALAN LIMA - KONSEP TWIST

Konsep 'twist' dalam pembikinan filem bertujuan memberikan kejutan kepada para penonton. Unsur twist ini secara tidak langsung akan membuatkan penonton terikat dengan penceritaan sehingga ke penghujung kerana masih tertanya-tanya akan kesudahan yang sebenar. Selain itu, konsep ini membuatkan sesebuah filem menjadi lebih unik dan tidak 'cliche'. Kesimpulannya, konsep seperti ini akan memberikan kelainan dan kepuasa kepada para penonton.


Sources
1.Internet
-Internet Movie Database 
-M. Night Shyamalan.com

2. Movie in class

No comments:

Post a Comment