Wednesday 23 April 2014

Super Eight - It Arrives

Act 1



Filem ini dimulakan dengan fokus kepada sekumpulan kanak-kanak yang gemar membuat pengambaran. Ia kemudiannya menjadi bertambah menarik apabila kumpulan tersebut menerima pelakon baru iaitu seorang budak perempuan yang cantik bernama Alice (Elle Fanning). Permulaan filem ini juga mendedahkan penonton akan cara hidup para pelakon di mana mereka hidup berkeluarga dan saling mengenali antara jiran tetangga. Watak utama iaitu Joe (Joel Courtney)merupakan anak kepada datuk bandar yang bertindak seperti polis di bandar berkenaan. Dia kurang gemar anaknya berkawan dengan Charles (Riley Griffiths) yang terlalu obses akan pembikinan filem.





Act2
Filem ini semakin menarik apabila sebuah kemalangan keretapi berlaku di lokasi pengambaraan kana-kanak tersebut. Suatu mis teri juga timbul apabila kejadian tersbut adalah disengajakan oleh sebuah trak. Kanak2 tersebut diberi amaran oleh pemandu trak agar tidak menghebahkan perkara itu kepada sesiapa. Disebabkan kamera mereka terjatuh di tempat kejadian, mereka berjaya membuat rakaman kemalangan tersebut secara tidak sengaja. Sejak kejadian itu, banyak perkara aneh telah melanda bandar tersebut seperti kehilangan penduduk, kereta rosak dan sebagainya. Ianya adalah hasil kerja seekor makhluk aneh yang terlepas daripada keretapi semasa kemalangan berlaku. Namun, kehadirannya masih belum diketahui oleh sesiapa memandangkan perkara tersebut amat sulit dalam kawalaan sebuah jabatan khas. Alice kemudiannya diculik makhluk tersebut.




  


Act 3
Filem berada di kemucak apabila bandar mereka berada dalam keadaan huru hara. Semua penduduk dipindahkan oleh pihak berkuasa ke tempat yang lebih selamat. Sam dan rakan-rakannya kembali ke bandar untuk membongkar perkara yang sebenar. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana makhluk tersebut memusnahkan bandar. Sam kemudiannya berjaya menemui sarang makhluk tersebut dan membebaskan Alice. Sam di tangkap. Namun, dia akhirnya sedar bahawa makhluk tersebut agak baik dan tidak mencederakan manusia jika tidak diganggu. Makhluk itu cuma sedang mengumpul kepingan besi untuk membentuk kapal angkasanya. Makhluk tersebut akhirnya pulang. Filem ini berakhir dengan 'happy ending'.


No comments:

Post a Comment