Saturday 26 April 2014

Kill Bill vol 2- Kill is Love

Kill Bill vol 2 memberi pengertian yang luas tentang pengaruh kamera dalam kehidupan.


Kill Bill volume 2 merupakan sambungan daripada volume 1 yang memaparkan dengan lebih jelas dan terperinci pengembaraan The Bride dalam misi membalas dendam terrhadap Bill. Seperti Kill Bill volume 1, sinematografi yang dipamerkan dalam kedua-dua filem ternyata mempunyai keunikan yang tersendiri. Sentuhan 'noir style' iaitu fiksyen filem berunsur jenayah dan pencahayaan yang digunakan membuatkan penggunaan kamera lebih terperinci akan setiap pergerakan watak di dalam filem. (Kelvin Matthews, SBCC Film Reviews, 2012)

Keunikan pengeditan filem ini juga telah meningkatkan mutu filem ini melalui gabungan beberapa cara editan yang berbeza seperti 'split screen' dan 'jump cuts' yang amat susah untuk dihasilkan dengan sempurna. Sebagai contoh, semasa The Bride menumbuk kayu dalam sesi latihannya, penggunaan jump cuts dan split screens yang sempurna membuatkan penonton merasakan seolah-olah ianya adalah shot yang berterusan walaupun sudut shot yang berbeza-beza digunakan. 
  
Satu lagi shot yang amat sempurna ialah 'scene' di dalam keranda. Pergerakan kamera yang berselang seli antara medium dan extreme close up perlahan -lahan daripada badan The Bride sehingga kakinya mampu membuatkan penonton merasai apa yang hendak disampaikan, iaitu dia sedang memikirkan jalan keluar menggunakan fizikal yang ada.

Penggunaan kamera dan shot yang sempurna amat mempengaruhi proses pembikinan sesebuah filem. Keunikan tersendiri dalam menghasilkan shot dan editan yang menarik amat penting bagi memberikan kelainan kepada penonton.

No comments:

Post a Comment