Thursday 10 April 2014

Lizzie Mcguire- Totally Crushed

Filem ini mempunyai permulaan yang menarik. Hujahkan.

Lizzie Mcguire mempunyai permulaan yang unik dan tersendiri. Filem ini dimulakan dengan watak adik Lizzie yang melancarkan kereta kawalan berkamera bagi mengintip aktiviti kakaknya. Seterusnya, filem beralih fokus kepada watak Lizzie yang sedang menari dan menyanyi di dalam biliknya persis seorang penyanyi. Melalui fokus yang ditunjukkan, kehidupan Lizzie dapat digambarkan sebagai seorang gadis remaja, yang juga menjalani kehidupan normal seperti gadis-gadis Amerika yang lain pada usianya. Keadaan bilik yang bersepah, almari pakaian yang penuh, majalah bertaburan di atas lantai jelas menunjukkan ketidakmatangan Lizzie yang suka bersuka ria. Lizzie juga bercia-cita tinggi menadi seorang pennyayi melaluiperwatakannya yang gemar bertukar pakaian, make up dan sebagainya. Permulaan filem ini ternyata amat menarik dengan iringan lagu yang amat bersesuaian. Filem ini mampu menarik minat penonton sejak dari awal tayangan kerana perwatakan dan kehidupan watak utama mampu digambarkan melalui lagu nyanyian Lizzie diiringi dengan aksinya yang tersendiri. Selain itu, watak animasi yang digunakan sebagai pengenalan kepada barisan produksi juga mampu membuatkan penonton geli hati.


  

No comments:

Post a Comment