Tuesday 25 March 2014

Director's Journal -week 5


Pada 17 mac 2013, bersamaan dengan kuliah keempat saya di Jabatan media, hari ini kami didedahkan dengan topik yang agak susah iaitu berkenaan critical approaches to film. Kami juga mempelajari beberapa teori author seperti Artheur Theory. Pada pemahaman saya, direktor filem dianggap seperti author kepada sesebuah filem kerana beliau merupakan orang yang mengawal perjalanan sesebuah filem. Bagi menghasilkan filem yang menarik dan tampil hidup, jenis shot yang digunakan haruslah pelbagai dan bersesuaian dengan scene tertentu. Saya bukanlah dalam kalangan mereka yang pandai bermain dengan kamera, namun saya akui bahawa elemen ini amat penting bagi penghasilan sesuatu filem kerana ianya merupakan tarikan utama kepada penonton di samping story line yang menarik. Kami kemudiannya ditayangkan dengan filem Dark Skies arahan Scott Stewart iaitu sebuah filem bergenre sains fiksyen.
suasana di dalam kelas semasa lecture- FOKUS!

Semasa tayangan filem- YES!


Semasa production meeting pula, kami berpeluang melihat sendiri perkembangan kumpulan-kumpulan yang telah melakukan rehearsal shooting. I am looking forward to the full screening night!

Habis meeting di dalam, sambung di luar.-GIGIH!





Dark Skies - A great little alien home invasion thriller


                               

Plot
Dark Skies arahan Scott Stewart mengisahkan tentang sebuah keluarga normal, yang pada mulanya berada dalam krisis kewangan. Masalah baru timbul apabila beberapa fenomena aneh melanda keluarga itu. Bermula daripada perubahan perkakas di dapur pada waktu malam, sehingga lah fenomena 100 ekor burung terbang ke arah rumah mereka benar-benar menimbulkan kerisauan kepada pasangan suami isteri itu, Daniel dan Lucy. Disangka pada mulanya, ini hanyalah perbuatan anaknya, namun segala yang berlaku ternyata berada di luar kemampuan manusia kerana mereka sendiri turut mengalami beberapa peristiwa aneh. Setelah mengetahui akan kewujudan alien (The Grey), Daniel dan Lucy cuba mempertahankan keluarga mereka terutamanya dua anak lelaki mereka, Jesse dan sam daripada menjadi mangsa makhluk itu. Filem ini mencapai klimaks pada malam di mana The Grey muncul untuk mengambil salah seorang daripada anak mereka. Walaupun pelbagai persediaan telah dilakukan oleh pasangan suami isteri tersebut, segalanya berakhir apabila mereka gagal mempertahankan anak sulong mereka, Jesse daripada menjadi mangsa. Kehilangan Jesse masih lagi menjadi misteri.

Sunday 16 March 2014

The Sixth Sense

SOALAN 1- BIOGRAFI
M. Night Shyamalan Picture
M. Night Shyamalan

M. Night Shyamalan, 44 tahun merupakan anak kelahiran India yang dibesarkan di Penn Valley, Pennsylvania. Minat beliau terhadap bidang perfileman bermula seawal usia 8 tahun apabila beliau dihadiahkan sebuah Super-8 kamera. Minat yang mendalam terhadap bidang pengarahan filem membuatkan beliau bekerja keras mengumpul dana bagi menjayakan filem beliau yang pertama, ' Praying with Anger ' pada tahun 1992. Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh anak kelahiran India ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri berada di kawasan pengambaran. Contohnya, filem beliau yang pertama merupakan rentetan kunjungan semula ke India setelah sekian lama meninggalkan negara tersebut. Manakala pengambaran  filem ' Wide Awake (1998)juga telah mengambil tempat di sebuah sekolah katolik yang pernah dihadiri sendiri oleh beliau semasa kecil. (Imdb, 1999)

Bercerita mengenai gaya pengarahan, beliau amat terkenal dengan penggunaan konsep 'twist' di pengakhiran jalan cerita. Hal ini membuatkan penonton tidak dapat menduga penghujung jalan cerita sekaligus membuatkan mereka terikat untuk menonton filem sehingga tamat. Beliau juga kerap menggunakan scene air bagi menggambarkan kelemahan atau kematian. Sebagai contoh, dalam filem The Sixth Sense beliau membuat kejutan kepada penonton dengan memaparkan scene watak utama dibunuh oleh seseorang yang bersembunyi di bilik air. Manakala 'The Village' memaparkan scene hujan lebat sewaktu kemunculan unsur seram. Secara keseluruhannya, kebanyakan filem arahan beliau adalah bergenre seram dan suspen sekaligus membuatkan penonton sentiasa berada dalam perasaan ingin tahu. (M. Night Shyamalan.com)

The Village Signs Unbreakable The Sixth Sense
                                                                                -Filem- filem arahan beliau-

SOALAN 2 - SINOPSIS

Still of Bruce Willis and Olivia Williams in The Sixth Sense (1999)Still of Bruce Willis and Haley Joel Osment in The Sixth Sense (1999) Still of Bruce Willis in The Sixth Sense (1999) Still of Bruce Willis and Haley Joel Osment in The Sixth Sense (1999) The Sixth Sense (1999)

The Sixth Sense arahan M.Night Shyamalan mengisahkan tentang seorang kanak- kanak bernama Cole yang mempunyai keistimewaan luar biasa iaitu kebolehan melihat makhluk yang telah mati. Kebolehan Cole membuatkan dirinya tidak seperti kanak-kanak lain kerana sentiasa dibelenggu perasaan takut dalam dirinya. Perkenalannya dengan seorang doktor psikitiari iaitu Dr Malcolm sedikit sebanyak telah membuka mata Cole untuk cuba memahami maksud di sebalik kemunculan roh-roh yang tidak tenteram itu. Cole akhirnya berjaya membantu masalah-masalah tersebut sekaligus mengatasi perasaan takut yang menghantui dirinya selama ini. Dr Malcolm yang selama ini telah membantu Cole tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah mati dan merupakan salah satu daripada roh yang tidak tenteram. Semasa hayatnya, Dr Malcolm telah gagal membantu seorang kanak-kanak yang akhirnya menghancurkan hidup kanak-kanak tersebut. Rasa terkilan ini membuatkan dia berusaha keras membantu Cole mengatasi ketakutannya. Cole yang sejak dari awal lagi mengetahui kebenaran tersebut akhirnya telah berjaya menyedarkan Dr Malcolm akan hakikat yang sebenar.

SOALAN 3 - GENRE

'The Sixth Sense' merupakan sebuah filem yang lebih mengetengahkan genre tragedi atau drama berbanding horror kerana cara pembawakan cerita ini lebih tertumpu kepada hubungan kekeluargaan dan hubungan antara doktor dan pesakit. Secara amnya, unsur seram hanya digunakan sebagai unsur sampingan di sebalik penceritaan yang sebenar. Watak yang dibawa oleh Dr. Malcolm dalam filem ini telah memaparkan nilai tanggungjawab dan kasih sayang yang tinggi antara dirinya dan Cole melalui kegigihannya membantu kanak-kanak tersebut. Selain itu, unsur kekeluargaan juga telah berjaya diselitkan dalam filem ini melalui watak ibu Cole yang berusaha sedaya upaya memahami masalah anaknya yang enggan berkongsi masalah yang dihadapi. Secara keseluruhannya, unsur horror yang ditunjukkan hanyalah sekadar subjek sampingan di samping penceritaan yang sebenar bagi menimbulkan rasa suspen dalam diri para penonton.

Doktor dan pesakit
Ibu dan Anak
               
              
SOALAN 4 -WATAK

   
                          Haley Joel Osment as Cole                                    Bruce Will as Dr Malcolm

Filem ini dibintangi oleh Dr. Malcolm sebagai watak utama yang mendominasi keseluruhan cerita. Beliau merupakan seorang doktor yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Minatnya yang mendalam dalam membantu menyelesaikan masalah kanak-kanak membuatkan beliau mengetepikan kepentingan peribadi dirinya sendiri. Dr Malcolm juga mempunyai perwatakan yang tenang di mana percakapannya telah berjaya membuka hati Cole untuk berkongsi masalah kepadanya. Namun begitu, beliau juga mempunyai personaliti yang agak mudah berputus asa apabila beliau membuat keputusan untuk menarik diri daripada kes Cole akibat masalah keluarga yang dihadapi. Kesedaran beliau yang tinggi membuatkan Dr Malcolm akhirnya menyesal dan meneruskan niat asal untuk membantu Cole.

Antara watak utama yang lain ialah Cole, lakonan Haley Joel Osment. Dalam filem ini, Cole digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang sentiasa berada dalam ketakutan. Dia membawa watak seorang kanak- kanak yang agak pendiam di mana Cole agak tertutup dalam berkongsi masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Dia sukar mempercayai orang lain kerana tidak mahu ditertawakan. Secara keseluruhannya, watak Cole telah berjaya dilakonkan dengan baik kerana berjaya menghidupkan filem ini melalui penguasaan emosi yang amat berjaya. (Picture from Imdb.com, 1999)

SOALAN LIMA - KONSEP TWIST

Konsep 'twist' dalam pembikinan filem bertujuan memberikan kejutan kepada para penonton. Unsur twist ini secara tidak langsung akan membuatkan penonton terikat dengan penceritaan sehingga ke penghujung kerana masih tertanya-tanya akan kesudahan yang sebenar. Selain itu, konsep ini membuatkan sesebuah filem menjadi lebih unik dan tidak 'cliche'. Kesimpulannya, konsep seperti ini akan memberikan kelainan dan kepuasa kepada para penonton.


Sources
1.Internet
-Internet Movie Database 
-M. Night Shyamalan.com

2. Movie in class

director's journal- week 4

Hari ini tanggal 10 Mac 2014 bersamaan dengan kuliah kali kedua pada minggu kelima bagi semester ini. sekali lagi kami berkumpul bagi mengikuti kuliah berkenaan fasa pembikinan filem yang seterusnya iaitu finance dan distributer. Berdasarkan pemahaman saya, sesebuah filem memerlukan distributor bagi memasarkan filem tersebut. Sebagai contoh,di Malaysia kita mempunyai FINAS yang membantu pra pembikin filem dari segi dana khas dan pasaran. Seperti biasa, kami ditayangkan dengan sebuah filem pilihan pensyarah iaitu 'The Sixth Sense'.


Pada hari Khamis di sebelah malam, kami berkumpul selagi lagi bagi sesi 'production meeting'. Kali ini, kami diminta menyiapkan 'budget' yang diperlukan untuk pengambaran. Hasil perbincangan antara ahli kumpulan video promo jabatan, kami telah sepakat menetapkan satu belanjawan mengambil kira prop, penginapan, makanan, petrol dan make up. Hampir tidak kering gusi kami semua dengan kerenah masing-masing yang amat suka menyakat rakan-rakan. Ikhlas saya katakan, saya amat suka berada dalam kelas seperti ini. Suasananya amat berbeza dengan persekitaran yang serius di fakulti sendiri.

-in the middle of discussion-VIDEO PRMO JABATAN

Tuesday 4 March 2014

Kill Bill Vol.1 - The Bride is back for the Final Cut

Kill Bill merupakan sebuah filem aksi di bawah arahan Quentin Tirantino. Filem ini secara keseluruhannya menceritakan tentang dendam seorang wanita yang terselamat daripada pembunuhan semasa hari perkahwinannya semasa dia sedang mengandung terhadap sebuah kumpulan elit yang dikenali sebagai The Deadly Assasination Squad. 

Dibarisi oleh barisan pelakon hebat terdiri daripada Uma Thurman sebagai watak utama iaitu 'the bride', Vernita Green lakonan Vivica A.Fox, Elle Driver(Daryl Hannah), O-ren Ishii(Lucy Liu), Sofie Fatale (Julie Dreyfus) dan Gogo Yubari (Chiaki Kuriyama) telah menjadikan filem ini berlainan dari filem-filem aksi yang lain kerana terdapat gabungan dari segi seni pertahanan diri bercorak moden dan klasik. watak antagonis dalam filem ini dibawa oleh seorang lelaki bernama Bill yang agak misteri kerana sepanjang penceritaan, wajahnya tidak pernah ditayangkan melainkan suaranya sahaja.


Filem ini bermula di sebuah rumah, didiami oleh Vernita Green, salah seorang ahli The Deadly Assasination Squad (DAS) yang mati ditikam oleh Black Mamba( the bride) di hadapan anaknya yag berusia empat tahun. Dimulakan dengan aksi pembunuhan secara mendadak, filem ini telah membuatkan para penonton tertanya-tanya akan motif pembunuhan yang sebenar.

Filem ini kemudiannya berkembang lagi dengan babak watak utama berada di hospital dalam keadaan koma di mana dia cuba dibunuh oleh Elle Driver( juga ahli DAS) namun ditahan oleh Bill.( ketua DAS). 'the bride' yang kemudiannya sedar daripada koma setelah 4 tahun berkeadaan begitu, telah berjaya melepaskan diri dari hospital dan memulakan operasi mengesan ahli-ahli DAS yang lain.

Dalam misi mengesan kesemua ahli DAS,' the bride' telah berjaya mendapatkan sebilah pedang samurai daripada Hattori Sanzao di Okinawa, seorang pembuat pedang yang terunggul. Dalam misinya untuk membunuh O-ren Ishii di Tokyo, dia juga berhadapan dengan Sofie Fatale, yang juga terlibat dalam pembunuhannya 4 tahun lalu. Filem ini mencapai klimaks semasa pertempuran antara watak utama dan O-ren Ishii yang akhirnya berpihak kepada watak utama.

Aksi-aksi yang dipamerkan dalam filem ini terutamanya babak pertempuran akhir yang bertempat di Tokyo, bercorakkan unsur perlawanan samurai. Suasana dan kawasan pengambaran jelas menunjukkan zaman yakuza di Jepun. Filem ini juga merupakan hasil garapan daripada filem Game of Death lakonan Bruce Lee berdasarkan cara pemakaian watak utama dan corak pertempuran yang dipamerkan dalam babak akhir. 


Secara keseluruhannya, filem ini agak ganas kerana terlalu fokus akan aksi-aksi pertempuran. Namun, hasil susunan idea yang menggabungkan animasi dan realiti ternyata memberikan sentuhan yang berbeza terhadap para penonton.


Akhir sekali, para penonton ditinggalkan dengan tanda tanya akan identiti Bill dan anak kandungan Uma yang masih hidup. - Bersambung di Vol 2-



Director's Jurnal 1 (Week 3)

Hari ini tanggal 3 Mac 2014. Ini merupakan kali pertama saya dan 5 rakan lain dari Fakulti Undang- Undang menjejakkan kaki ke kelas Elektif Luar bertempat di Jabatan Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Ini juga merupakan kali pertama kami melibatkan diri dalam sebuah bidang yang amat asing dan baru iaitu Seni Pengarahan Filem. Berteraskan minat dan rasa ingin tahu yang tinggi, kami nekad mempelajari subjek ini walaupun tidak mempunyai asas yang kukuh di bawah pimpinan Dr Azalan Shah.

Pada hari pertama pembelajaran, kami telah diperkenalkan secara ringkas tentang subjek ini secara keseluruhan. Ketinggalan 2 kuliah sebelum ini ternyata membuatkan saya masih kurang jelas akan kandugan kursus ini. Saya difahamkan bahawa kursus Pengarahan Filem ini akan digabungkan dengan beberapa kursus lain, juga di bawah bidang yang sama iaitu Produksi Televisyen dan Produksi Dokumentari. Tidak ketinggalan, kami juga turut diberitahu tentang proses penilaian kursus ini secara keseluruhan yang merangkumi peperiksaan akhir, kerja kumpulan dan penyertaan.

Kuliah yang pertama telah mendedahkan kami dengan 3 proses pembikinan filem yang major iaitu pre-production, production dan post production. Pensyarah juga turut menekankan beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan, dikenali sebagai The Cyclical Production Model. Di bawah model ini, proses pembikinan filem harus melalui 8 fasa utama iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post production, marketing dan distribution. Proses- proses ni memerlukan penelitian yang rapi kerana kesemuanya akan menyumbang kepada penghasilan filem yang menarik.

Sesi pembelajaran diteruskan dengan tayangan filem bertajuk Kill Bill, di mana para pelajar dikehendaki membuat review di dalam blog masing-masing tentang filem tersebut. Pada akhir sesi, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan sedia ada. Saya telah menyertai kumpulan video promo jabatan yang diketuai oleh Syazwan. Perkenalan ringkas bersama mereka yang lain membuatkan saya agak teruja untuk mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam di bawah bimbingan ahli-ahli kumpulan yang ternyata amat berpengalaman.