Saturday 26 April 2014

Forrest Gump- Story of a Lifetime




Forrest Gump merupakan sebuah adaptasi filem arahan Rober Zemeckis daripada novel yang berjudul Forrest Gump hasil karya Winston Groom. Filem ini dibintangi oleh Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise dan Sally Field. 

Filem ini merupakan penceritaan perjalanan hidup Forrest, seorang lelaki kelahiran Alabama yang memiliki tahap IQ yang rendah namun mempunyai bakat yang hebat dalam bidang sukan. Bertemankan sahabat karibya dari kecil, Jenny, beliau membesar dengan didikan ibunya yang sering memberikan inspirasi tentang teori kehidupan. Walaupun Forrest menjadi kebanggan negaranya dalam beberapa acara yang besar termasuk bersua dengan presiden sendiri, kesemuanya tidak dapat difahami sepenuhnya oleh dirinya.

The Chorus - The Heart of Music



Add caption
The Chorus arahan Christopher Barratier merupakan sebuah filem berrgenre drama dan muzik dengan berlatar belakangkan suasana kehidupan klasik di Perancis. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan pelajar bermasalah di sebuah sekolah, Fond de L'Etang. Diketua oleh seorang pengetua yang ego dan berdisiplin, penerimaan para pelajar akan cara yang diketengahkan adalah kurang memberansangkan. Kehadiran seorang guru baru, M. Clement di sekolah tersebut ternyata telah membawa perubahan yang amat besar terhadap kehidupan para pelajar tersebut. Prinsip 'action reaction' yang diamalkan oleh pengetua ternyata merupakan pendekatan yang salah. Bermula dengan koir, beliau telah berjaya menerapkan minat para pelajar terhadap muzik dengan lebih mendalam.

Kill Bill vol 2- Kill is Love

Kill Bill vol 2 memberi pengertian yang luas tentang pengaruh kamera dalam kehidupan.


Kill Bill volume 2 merupakan sambungan daripada volume 1 yang memaparkan dengan lebih jelas dan terperinci pengembaraan The Bride dalam misi membalas dendam terrhadap Bill. Seperti Kill Bill volume 1, sinematografi yang dipamerkan dalam kedua-dua filem ternyata mempunyai keunikan yang tersendiri. Sentuhan 'noir style' iaitu fiksyen filem berunsur jenayah dan pencahayaan yang digunakan membuatkan penggunaan kamera lebih terperinci akan setiap pergerakan watak di dalam filem. (Kelvin Matthews, SBCC Film Reviews, 2012)

Keunikan pengeditan filem ini juga telah meningkatkan mutu filem ini melalui gabungan beberapa cara editan yang berbeza seperti 'split screen' dan 'jump cuts' yang amat susah untuk dihasilkan dengan sempurna. Sebagai contoh, semasa The Bride menumbuk kayu dalam sesi latihannya, penggunaan jump cuts dan split screens yang sempurna membuatkan penonton merasakan seolah-olah ianya adalah shot yang berterusan walaupun sudut shot yang berbeza-beza digunakan. 

Wednesday 23 April 2014

Director's Journal- Week 8

Selepas cuti mid sem, kami dimaklumkan bahawa pengambaran semula akan diadakan di ays sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan semasa cuti semester. Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya ke Melaka pada hujung mid sem break untuk final shooting, namu pengambaran tersebut telah dibatalkan. 

Kami juga dimaklumkan bahawa genre video promo telah berubah, di mana promo jabatan akan bercorakkan iklan yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 saat. Gabungan fast motion dan sound track yang menarik mampu membuat video tersebut tampil ekslusif dan professional. Tarikh untik pengambaran semula masih dalam perancangan.

Super Eight - It Arrives

Act 1



Filem ini dimulakan dengan fokus kepada sekumpulan kanak-kanak yang gemar membuat pengambaran. Ia kemudiannya menjadi bertambah menarik apabila kumpulan tersebut menerima pelakon baru iaitu seorang budak perempuan yang cantik bernama Alice (Elle Fanning). Permulaan filem ini juga mendedahkan penonton akan cara hidup para pelakon di mana mereka hidup berkeluarga dan saling mengenali antara jiran tetangga. Watak utama iaitu Joe (Joel Courtney)merupakan anak kepada datuk bandar yang bertindak seperti polis di bandar berkenaan. Dia kurang gemar anaknya berkawan dengan Charles (Riley Griffiths) yang terlalu obses akan pembikinan filem.




Thursday 10 April 2014

Lizzie Mcguire- Totally Crushed

Filem ini mempunyai permulaan yang menarik. Hujahkan.

Lizzie Mcguire mempunyai permulaan yang unik dan tersendiri. Filem ini dimulakan dengan watak adik Lizzie yang melancarkan kereta kawalan berkamera bagi mengintip aktiviti kakaknya. Seterusnya, filem beralih fokus kepada watak Lizzie yang sedang menari dan menyanyi di dalam biliknya persis seorang penyanyi. Melalui fokus yang ditunjukkan, kehidupan Lizzie dapat digambarkan sebagai seorang gadis remaja, yang juga menjalani kehidupan normal seperti gadis-gadis Amerika yang lain pada usianya. Keadaan bilik yang bersepah, almari pakaian yang penuh, majalah bertaburan di atas lantai jelas menunjukkan ketidakmatangan Lizzie yang suka bersuka ria. Lizzie juga bercia-cita tinggi menadi seorang pennyayi melaluiperwatakannya yang gemar bertukar pakaian, make up dan sebagainya. Permulaan filem ini ternyata amat menarik dengan iringan lagu yang amat bersesuaian. Filem ini mampu menarik minat penonton sejak dari awal tayangan kerana perwatakan dan kehidupan watak utama mampu digambarkan melalui lagu nyanyian Lizzie diiringi dengan aksinya yang tersendiri. Selain itu, watak animasi yang digunakan sebagai pengenalan kepada barisan produksi juga mampu membuatkan penonton geli hati.


Tuesday 8 April 2014

Director's journal - Week 7

Pada minggu ini, kami didedahkan dengan kuliah mengenai tips menjadi pengarah filem yang berjaya dan tips menghasilkan filem pendek yang menarik. Saya juga difahamkan bahawa setiap filem mempunyai struktur yang dinamakan 3 art structure, iaitu penyusunan plot secara keseluruhan. Dalam penghasilan filem pendek pula, beberapa elemen seperti pemualaan yang menarik dan tempoh masa harus dititikberatkan.Bagi sesi tayangan, filem Super 8 telah menjadi pilihan pada kali ini.

Pada hari Khamis,kami berpeluang melihat  hasil rehearsal shooting kesemua kumpulan. Pelbagai kritikan dan komentari diberikan oleh para pelajar. Bagi kumpulan saya iaitu video promo, kami juga banyak menerima kritikan daripada segi jalan cerita. Masalah utama yang dikenalpasti ialah mereka agak sukar faham dengan konsep promosi jabatan melalui kreativiti yang ditunjukkan. Kami mengambil inisiatif untuk memperbaiki props dan busana bagi final shooting di Melaka kelak. Kami pasti props yang lebih mantap mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan. To Melaka we go next week!



Director's journal Week 6

Pada minggu ini, kami sekali lagi berkumpul di studio bagi mengikuti kuliah tentang perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan semasa pembikinan sesebuah filem. Persediaan yang rapi amatlah diperlukan. Pengarah secara amnya harus besiap sedia dengan kumpulan krew yang mantap dan sedia membantu mnjayakan filem. Beberapa perkara harus dikenalpasti secara terperinci seperti alatan yang diperlukan dan lokasi pengambaran.

Pada minggu ini juga, kumpulan video promo telah mengadakan rehearsal shooting pada hari Rabu jam 3 petang di Jabatan media. Memandangkan saya tidak mempunyai kemahiran dalam pengendalian sebarang alatan teknikal, saya berusaha menyiapkan props bersama ahli yang lain. Secara jujurnya, saya amat kagum melihat cara para pelajar jabatan media bekerja. Dalam suasana yang bersahaja, mereka mampu mencapai sasaran.