Thursday 29 May 2014

Never been Kissed - I'm just not gonna go kiss a whole bunch of losers to get to him.

Never Been Kissed (1999) Poster
Add caption
 

Never Been Kissed arahan Raja Gosnell merupakan sebuah filem yang mempunyai mesej yang tersendiri. Jossie Geller, lakonan Drew Barrymore menampilkan watak seorang perempuan nerd yang sering kali dibuli oleh rakan- rakannya. Meindui zaman persekolahan, Jossie telah pulang ke sekolah dan menyamar sebagai seorang pelajar ang berumur 17 tahun. Josie tidak mudah mengalah dan sentiasa cuba untuk menjadi popular dengan gaya dan karakternya yang tersendiri. Josie yang telah melalui alam pekerjaan dan persekolahan telah faham akan norma kehidupan, di mana pencapaian di sekolah tidak bermakna kejayaan untuk selama-lamanya kerana terdapat banyak lagi cabaran di dunia sebenar.

hope, life, never been kissed, quote, saying, text
Petikan dia atas membawa maksud yang amat mendalam iaitu seseorang harus mempunyai rasa bangga dan yakin akan kemampuan diri sendiri. Tidak perlu untuk bermuka-muka bagi mendapatkan sesuatu. Alam persekolahan dan pekerjaan merupakan dua dimensi yang berbeza. Kedua-duanya penuh dengan cabaran tersendiri dan bergantung kepada bagaimana orang yang melaluinya mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

Public Screening- Week 14



Public Screening 2014 telah diadakan pada Selasa, 27/5/2014 bertempat di Mercu Alam Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya. Tayangan ini merupakan rentetan daripada filem-filem yang telah ditayangkan semasa screening night di Armada Hotel. Public Screening diadakan bagi menayangkan hasi karya para pelajar media kepada masyarakat umum khususnya para pelajar daripada fakulti lain. Ditugaskan dalam biro makanan, saya ditugaskan membancuh air. Di akhir sesi, pertukara hadiah telah dilakukan sesama kami. Sememangnya, sesi tersebut amat menarik dan melucukan. Secara keseluruhan, public screening seperti ini harus diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya dapat meningkatkan lagi keyakinan para pengarah terhadap filem mereka .





Directors's Journal- Week 13

Pada minggu ke-13, tayangan filem telah diadakan seperti biasa di studio. Cerita pilihan minggu ini ialah Stand By Me. Setelah ebih kurang satu jam menonton filem tersebut, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menduduki ujian merangkumi fiem yang ditonton, screening night dan shots. Rupa-rupanya bukan senang nak melukis. Walaupun tahu jawapannya, lukisan tersebut tetap tidak nampak seperti shot yang diinginkan. =_=


Sunday 18 May 2014

Director's Journal - Week 12 (screening Night)

Screening Night meruapakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Media bagi meraikan hasil karya para pelajar Jabatan Media. Screening Night buat kali ke-3 ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan iaitu Prof Dr Azizah Hamzah. Bermula sekitar jam 6 petang bertempat di Armada Hotel, Petaling Jaya bertemakan vintage dan bow tie. Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 11.30 malam. Sebanyak 14 video telah ditayangkan bagi sesi penilaian oleh Dr Azalan.

Secara jujurnya, Saya amat kagum dengan kualiti video- video yang ditayangkan. Sememangnya para pelajar daripada Jabatan Media mempunyai bakat tersendiri samada dari segi lakonan, kamera dan suntingan. Variasi video yang ditayangkan juga mempunyai genre yang berbeza iaitu komedi, seram, nilai estetik dan sebagainya. Filem pendek bertajuk Inspektor Fatonah arahan Syazwan Husaini mendapat perhatian ramai kerana jalan ceritanya yang menarik ditambah dengan lakonan rakan-rakan media yang sentiasa membuatkan penonton ketawa. Di samping itu, saya amat kagum akan 'Epilog' arahan Dr Azalan  dan Hisyam Azren kerana ianya mempunyai keunikan yang tersendiri. Lagu latar yang digunakan amat bersesuaian dengan tema retro romantis yang diketengahkan. Kualiti filem ini juga sangat baik daripada segala aspek merangkumi sinematografik, latar tempat, lakonan dan skrip yang mantap. Mesej yang disampaikan juga amat jelas dan bermakna. 

Screening Night ini harus diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana ianya diligat sebagai medium penting bagi membentangkan usaha para pelajar secara umum terutamanya kepada para pelajar daripada fakulti lain.







Sunday 11 May 2014

Director's Journal - Week 11

Pada minggu ke-sebelas seni pengarahan, kami telah mempelajari berkaitan slug lines, storyboard, big print, camera coverage dan crew protocol. Prosedur-prosedur ini amat penting dan perlu diketengahkan dalam setiap pembikinan filem. Penilaian juga telah diadakan pada minggu ini. Mia telah dipilih bagi mewakili kumpulan kami bagi sesi tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami berjaya mendapatkan markah sebanyak 6/10. Tahniah Mia!

Kami kemudiannya diminta menerangkan kembali tentang prose-proses yang trlah dibincangkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Pada hari Khamis, production merting telah diadakan pada jam 8 malam, di mana sedikit taklimat ringkas telah diberikan berkaitan screening night. Setiap kumpulan juga berpeluang melihat video kumpulan masing-masing yang telah siap sepenuhnya. Ini merupakan kali pertama saya melihat sendiri bilik yang digunakan untuk editing dan software yang digunakan. Video promo kami juga telah digantikan dengan filem baru iaitu Hantu Malam Merdeka.


Director's Journal - Week 10

Pada minggu kesepuluh, penilaian pitching telah diadakan. Semua pelajar seni pengarahan diminta bersedia dengan sinopsis sebuah filem pendek yang mengandungi 3 ayat. Kami diminta berkumpul di dalam bulatan, sambil mendengar idea setiap pelajar. Komen-komen bagi tujuan penambah baikan juga telah diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Penilaian ini membawa purata10% dalam markah akhir.

Sinosis : Gambar
Sambil melihat sebuah gambar batch lama, watak utama tertanya-tanya tentang apa yang berlaku sehinggakan tiada seorang pun yang tersenyum pada hari terakhir persekolahan. Bagi membetulkan keadaan, hasrat watak utama untuk kembali pada zaman tersebut ditunaikan bagi memastikan alam persekolahannya dan rakan-rakanya berakhir dengan senyuman. Cerita berakhir dengan watak utama yang ditimpa kemalangan, dan dia akhirnya sedar bahawa dia lah punca kemurungan tersebut dan bahawa dirinya telah mati.


Director's Journal - Week 9

Pada hari ini, kuliah berkisar tentang proses- proses yang terlibat dalam post production iaitu editing, packaging dan distribution. Proses ini amat penting kerana semua scene akan digabungkan, termasuk pilhan lagu latar atau soundtrack.

Kumpulan video promo telah menjalankan pengambaran semula di sekitar UM. Beberapa tempat yang telah digunakan ialah di bangunan peperiksaan, perpustakaan dan Fakulti Undang-undang.